Sunday, December 2, 2018

21 TIPS SEMASA DI MALDIVES

BY - OCTOBER 31, 2018
PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST!

Hai semua, kali ni I nak share Tips dan persiapan yang korang kena buat sebelum pergi ke Maldives. Tak kira lah korang pergi ambil pakej ataupun pergi DIY.  Kali ni I pergi dengan Pakej Bahtera Kembara Holidays. So boleh lah I share Pakej dorang dekat korang.

Kalau korang dah ada tiket flight ataupun dah ada date sendiri untuk ke Maldives, I cadangkan U ambil pakej dengan Bahtera Kembara ni. Sebab Pakej dia minimum 2 orang pun boleh pergi tak kena tunggu ramai-ramai baru boleh pergi.

Sebelum tu I nak SHARE TIPS untuk ke Maldives ni.


1. Kalau korang nak tahu Maldives ni adalah Negara islam taw, so takde lah benda-benda yang mengarut. Selamat lah kalau nak bawak anak-anak datang sini. Takda lah anak-anak uolls tu "Culture Shock" heheheh .  Ibu Negara Maldives adalah Male, cara nak sebut ( Ma-Ley ).

2. Transport utama dorang dekat Maldives ni Speedboat. Kalau ada duit lebih boleh lah cuba Sea Plane ni. Tapi Transport utama dorang adalah SpeedBoat/Feri



3. Maldives ni dia banyak sangat pulau, ada pulau yang jauh dia sampai 2-3 Jam naik Speed Boat! Tak payah lah pergi duduk jauh2. Make sure korang tengok dulu penginapan tu dekat pulau mana.  Tapi ramai orang Malaysia Stay dekat Mafushi Island. BKH pun bagi Hotel dekat Mafushi.

Gambar: Sumber Google 

4. Sebelum nak gerak kesana, korang wajib bawa sunblock, Shade, swimming suit. Dekat sana cuaca agak panas sebab di kelilingi dengan Laut yang cantik.

Gambar: Sumber Google

5. Nak pergi sana cukuplah hanya 4 Hari 3 Malam. Sebab dekat Maldives ni memang betul-betul pulau. Satu pulau tu jalan 2-3 jam dah habis pusing. Tarikan utama dia adalah kecantikan laut yang takkan jumpa kat tempat lain.

6. Dekat Maldives dia pakai dua jenis mata wang taw. Dia guna USD dan Rufiyya . USD tu kita guna untuk makan dekat restoran/aktiviti air/dll. Rufiyya plak kita guna untuk beli barang dekat kedai serbaneka, So korang tukar lah sikit duit Rufiyya tu. Kalau takda duit ruffiya pun takpa. Dorang terima jugak duit USD. Tapi dia akan bagi baki dalam Ruffiya.


GAMBAR : SUMBER GOOGLE

7. Prepare pakaian mandi at least 2 pasang. Pastikan pakaian lain tu nipis dan tak tebal. Sana panas. Jangan nak feeling2 macam kat Europe plak. hehehe Tak sesuai untuk Baby. Anak umur 3 tahun boleh join. Yang umur 3 tahun kebawah tidak digalakkan. Nanti demam anak tu.



8. Make Sure korang dah buat preparation 6 bulan sebelum bergerak. Korang booking tiket awal-awal. Boleh pilih Airasia sebab dia punya tiket murah berbanding flight lain, Kos dalam RM800- RM1500 seorang pergi dan balik. Kalau korang tak nak pening-pening, korang boleh tengok mana-mana promo dari BKH tu , ambil Pakej yang sekali tiket flight.



9. Kalau korang ambil Flight dari KLIA/KLIA2 dia akan turun dekat Male, bukan dekat city tau tapi dia ada satu Pulau Khas yang hanya ada airport je dekat situ. Dekat area situ jugak dia ada pulau-pulau berdekatan. Kalau sampai malam korang kena overnight dulu dekat mana-mana pulau yang berhampiran. nanti tanya je orang dekat situ. Korang kena naik Feri/ Bot.

Ni Contoh Speed boat dorang. Ada yang tertutup. Tapi masa ni I nak g Sand Bank

10. Since I pegi ni ambil pakej lengkap dengan BKH so sampai je dekat airport dah ada orang tunggu dan pegang nama I. Lepas tu terus transfer pergi ke Hotel yang dah disediakan. tak payah pening-pening dah hehehe . Risiko nak kena tipu pun rendah. Konon-konon nak saving, tiba-tiba kena tipu. Duit pun melayang.

11. Macam I, pakej yang I ambil dengan Bahtera Kembara memang dah termasuk dengan makan minum selama 4H3M dekat sini. So I tak pening nak pergi cari kedai makan dekat sana. Jangan risau semua makanan halal. Sebab memang orang dekat Maldives ni Islam.

12. Kos makan dekat sini lebih kurang sekali makan RM40, kira-kira dalam 10USD lah. So kalau korang pergi 4Hari 3Malam, kos makan lebih kurang RM360.  Dia punya masakan tu lebih kepada ala-ala mamak sikit.

13. Rupa orang Maldives ni macam ala-ala orang India. Maybe sebab dorang memang dah dekat dengan Sri Langka. Tapi dorang ni wangi-wangi lah takda lah bau terok sangat. Dan dorang punya rambut pun kerinting. Tapi sangat mesra.



14. Antara aktiviti yang korang boleh buat adalah Snorkeling, Sand Bank, Fishing Trip, melawat private resort. Semua aktiviti dekat sini best. View dia tak payah cakap lah. Memang takkan jumpa dekat tempat lain. Serius tak tipu

15. Ramai orang confius pasal nama Airport. Dulu nama Airport Male ni adalah Ibrahim Nasir. Sekarang dia dah tukar ke Valena International Airport. Terletak di Male




16. Masa korang melawat dekat Sand Bank tu, korang bawak lah siap2 belon dari Malaysia. Kot boleh jadi prop dekat sana. Pastu pakai baju yang voke! Jangan lah pakai baju biasa korang pakai kat Malaysia tu. Hehehe











17. Kalau korang datang Maldives tapi tak pergi Fishing trip memang rugi. Memang best sangat. I pun kali pertama Fishing boleh jadi ketagih sebab letak je mata pancing terus dapat ikan. Masa nak tarik tu lah nikmat!








18. Kat sini memang terkenal dengan Snorkeling trip. Untuk trip yang I ambil dengan Bahtera Kembara ni. Dorang memang dah siap bagi peralatan snorkeling so korang tak payah susah-susah nak sewa dah. Tengok coral dan ikan-ikan dalam air! Memang cantik yang amat. Dalam gambar mungkin xjelas sangat. Kena bawa Go-Pro baru best!










19. Masa I pergi hari tu dia ada satu hari  Free & Easy di mana kita boleh lah buat apa yang kita suka. Kalau I, I pilih nak ke Private Resort. Ada Additional kos sikitlah tapi sangat berbaloi-baloi. Boleh lah korang feeling2 dekat sana. Dekat sini dia akan bagi welcome drink dan dia bagi Lunch skali dan boleh guna facilities dekt resort sini.

( Gambar private resort )




20. Lagi satu! Dekat sini, korang dapat tengok Dolphin (ikan lumba-lumba) depan-depan tauuu! Pengalaman yang sangat osem memang takleh lupa. Masa I tengok tu OMG I sampai berteriak riuh kecoh satu bot sebab excited sangat hahaha



21. Hari terakhir I dekat sana, I pergi Male City Tour, jalan kaki je masa tour tu sebab dekat-dekat.. Masa tu dorang akan bawa kita tengok Masjid tertua dekat Male, lepas tu bawa ke kedai buah tangan untuk kita bawa balik ole-ole untuk insan-insan tersayang kat Malaysia hihihi.
BERMINAT NAK JOIN TRIP KAMI..WASAP AKAK YA..TEKAN LINK⬇
http://www.wasap.my/+60192484008/PakejMaldives


Saturday, June 30, 2018

Q&A 5H4M KOREA

Berapa harga pakej ni?
Rujuk Detail Pakej

Pakej ni berapa hari ye?
5H4M ( Rujuk Detail Pakej)

Pengangkutan di sana nanti naik apa ye?
Kita akan naik public transport

Saya ada baby, boleh bawak baby tak?
Tak boleh

Minimun berapa orang?
2 Orang pun dah boleh join

Kalau single traveller nak join boleh tak?
Boleh, rujuk detail Pakej dan akan dapat bilik Single Room

Pakej ni termasuk makan tak?
Tak termasuk makan.

Kenapa tak termasuk makan eh, kalau masuk makan kan senang?
Sebab kami nak bagi kebebasan kepada guest untuk buat pilihan sendiri, sesuai dengan bajet masing2, dan ikut citarasa masing2

Berapa bajet untuk makan ye?
Sekali makan bajet dalam RM40

Breakfast macam mana ye?
Breakfast di tempat penginapan, kami akan sediakan roti dan jem (self service)

Jenis penginapan ?
Hotel, ye hotel jangan tak percaya. Walaupun backpackers trip tapi kami sediakan hotel untuk anda.

Tandas macam mana?
Jangan risau, tandas ada di dalam bilik masing2

Nak tambah luggage berapa ye?
Add on Luggage AirAsia (Seoul)
20Kg : RM90
25Kg : RM100
30Kg : RM129
40Kg : RM180

Add On Airasia Travel Insurance ( Flight Only)
RM40

Nak tambah meals in flight berapa ye?
Add On Meal RM15 (Sehala)

Namsan tower kena bayar tak ?
Tak perlu bayar, tapi kalau nak naik ke Namsan Observatory anda perlu membuat bayaran.
Dewasa = 10K Won
Kanak2 = 8K Won

Lamanya di Nami Island, kalau nak ke Petite France boleh?
Jika sempat dan semua guest setuju untuk pergi kesana,kita boleh usahakan.

Tiket flight airlines mana ye?
Air Asia sahaja

Nanti di KLIA2, ada yang akan assist untuk Check-in ke?
Ye ada tour leader akan uruskan anda.

Musim apa ye nanti? dan suhunya macam mana?
End winter/early spring, suhu lebih kurang 10-13darjah celcius. Google utk Info lengkap tentang suhu

Hotel ada wifi tak?
Ada

Nak beli pocket wifi kat mana ye?
Klia2

Nanti berapa orang yang join trip ni?
Maximum 25 orang

Bahtera ada sediakanbtravel insurans tak? Kalau ada berapa?
Ada RM40

Kalau last minit saya tak dapat join trip macam mana ye?
Tanya agent utk pengesahan harga

Hotel kita dekat area mana ye?
Area Namdaemun & Myeondong

Q&A 4H3M MALDIVES

Jenis penginapan?
Guesthouse di salah satu private island. Nama Royal Inn Rasdhoo. Jangan expect resort mewah ataupun hotel lima bintang. Tapi guesthouse yang bersih dan selesa. Setiap bilik ada bilik air. Dekat dengan pantai.

Min berapa orang?
Better 2 orang, tak best nak beraktiviti kalau seorang.

Kalau nak tambah hari?
So far, better follow trip kita since kita banyak guna speedboat dekat sana nanti kos jadi lain.

Kita akan stay di mana?
Anda kena faham Maldives mempunyai banyak pulau. Satu pulau adalah lebih kepada bangunan kerajaan, satu pulau untuk airport, satu pulau untuk buang sampah and etc. Kita akan stay jauh sikit dari semua ini.

Ada barangan yang dilarang bawa masuk ke Maldives?
Hanya anjing, babi dan alcohol dilarang bawa masuk. Yang lain insyaallah, tiada masalah.

Trip beserta makan?
Ya, ada breakfast, lunch dan dinner. Boleh bawa jajan untuk isi perut. Roti disana sangat keras bagi Malaysian.

Makanan halal di sana?
Maldives negara Islam. Tiada masalah makanan, mereka lebih Islam dari Malaysia.

Pakaian macam mana? Cuaca?
Bawa pakaian mcm biasa. Cuaca panas dan kering seperti Malaysia. Kadangkala hujan tapi jarang. Maldives tiada 4 musim. Cukup bawa pakaian yang selesa dan menutup aurat.

*Tips: Bawa pakaian warna cerah untuk bergambar di sand bank.Lawa.

Bagaimana dengan bahasa?
Mereka guna bahasa mereka sendiri, Dhivehi. Tapi communication dengan orang luar ialah English. Tapi kena faham, tak semua mereka boleh berbahasa English. Jangan risau, bahasa tidak menjadi isu yang sangat besar.

Kena tukar duit?
Better tukar siap-siap USD di Malaysia. Maldives menggunakan matawang Ruffiya. Ruffiya tiada di Malaysia. Sekiranya nak tukar kepada Ruffiya, kami akan bawa satu kedai yang bagi rate tinggi di sana nanti.

Wifi atau internet?
Dekat maldives banyak wifi free. Jangan resah gelisah. Penginapan yang kita stay pun ada provide wifi. Tak suggest untuk beli simcard lah sebab kita pergi untuk 4H jer tak berbaloi. Hayati bumi maldives sepuasnya dan cukuplah wifi sebagai peneman anda. Wifi diorang agak laju tapi ada certain website kena blocked. So tak semua website kita boleh access bila ada kat sana yer.

Apa tu Male, Hulhumale, Maafushi & Hulhule?
Antara yang selalu disebut dan dicanang oleh orang.
- Male itu city Maldives,pusat pentadbiran dan pelbagai lah. Crowded sikit. Paling banyak kereta disini tapi tak dak bas sebab jalan sempit.
- Hulhumale penempatan baru dibina oleh kerajaan diorang. Tapi takdelah baru sangat. haha.. Satu pulau lain yang ada penduduk dan hotel. Majoriti rakyat malaysia transit kat sini sebab dekat dengan pantai dan senang berhubung sebab ada bas ke/dari airport.
- Hulhule Pulau untuk airport. Kita akan landing dan boarding dekat sini yer. Takde apa kat sini. Hanya airport dan seaplan station. Kat airport ni hanya authorized transport saja boleh masuk.
- Maafushi The famous private island for Malaysian. Tapi kita tak pergi sini. Pulau dia lebih kurang ala Hulhumale.

Transport?
Kita banyak bergerak menggunakan speedboat dan jalan kaki saja.Usah risau,tak jauh setiap tempat tu.Anggaplah sebagai exercise.:blush:

Nak stay sebilik sorang?
Add on RM300 seorang.

Tips travel

TIPS TRAVEL VIETNAM

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk anda yang ingin melancong ke Ho Chi Minh (HCM) City Vietnam. 
Informasi yg sangat penting semasa berada di HCM ialah:

1) BAHASA
  • Bahasa Melayu dapat digunakan di beberapa tempat seperti Benh Tanh Market & Cho Bin Tay Market.
  • Namun di tempat lain, Bahasa Inggeris digunakan sbg bahasa pengantaraan walaupun tak smua fasih bercakap Inggeris. Heheheee
  • Tapi no worries, pastikan duit Vietnam Dong sentiasa ada dlm poket, kot2 laa sesat boleh grab teksi terus.. heheee
2) MATAWANG 
  • Benh Tanh Market dan beberapa kawasan utama membeli-belah menerima matawang Ringgit! Wow. Tapi, memandangkan sekarang ini nilai Ringgit kita sedang jatuh merudum, dicadangkan untuk membawa matawang USD dan VND sahaja kerana ada beberapa tempat sudah mula menolak matawang Ringgit kita. So sad!
3) PENGANGKUTAN AWAM
  • Teksi. TOLONG jangan sesuka hati naik teksi tanpa usul periksa. Ini kerana kes penipuan teksi di Vietnam lebih kurang seperti kes penipuan teksi di Malaysia terhadap pelancong asing. Ini bukan rekaan semata-mata tetapi saya sendiri kena tipu tau.
  • Local hotel sini smua recommend pilih teksi VINASUN. Tapi sebelum naik teksi Vinasun ni, tanya dulu harga berapa. Kalau tidak melebihi 200,000.00 VND boleh la anda naik. Tapi biasanya caj yang dikenakan hanyalah sekitar 130,000.00 hingga 180,000.00 VND. Jangan nak memandai naik teksi yang menawarkan meter ya melainkan meter tu bermula dengan 30,000.00 VND* (tak silap saya lah).
4) SHOPPING
  • Apabila shopping di Benh Tanh Market plsss beware terutama kaum lelaki. If nmpk tokey tu cantik dan comel je, JANGAN MASUK! Depa ni nampak je comey tp perangai hancuss. Depa akan paksa korang beli kalu tak, get ready laa terima caci makian drpd dorang and keep repeating bahawa barang depa lg murah pdhl NO NO NO!
  • Pilihan terbaik adalah pergi ke kedai-kedai makcik-makcik, abang-abang ataupun kedai yang jenis family-business (yang ada anak, ayah, akak, mak, abang macamtu). Mereka punya adab lebih baik daripada penjual perempuan yang ada aset wajah ni plus lagi murah.
5) MAKANAN HALAL
  • Yg ni jangan risau lah. Berlambak mknn halal dkat area Benh Tanh Market. Pertama kali saya datang ke sini, saya tinggal di hotel Halo yang jaraknya hanya beberapa minit ke Benh Tanh Market. Di sebelah hotel Halo terdapat sebuah restoran halal Malaysia - Thailand Cuisine dan di hadapannya pula restoran Serai Malaysia. Kali kedua saya datang ke sini pula saya pergi ke restoran Melayu dan restoran Hajah Bashiroh. Harganya standard lah, mahal sikit dari harga kita makan kat kedai jenis-jenis macam ni kat Malaysia. Sikit je.
6) TARIKAN PELANCONG
  • Yang ni saya failed sikit. Sepanjang dua kali saya berada di Ho Chi Minh, saya hanya pergi ke War Remnant Museum dan Independent Palance. LOL. Selainnya, memang pergi ke ke kawasan Benh Tanh, Cho Binh Tay dan sekitar bandar yang saya tak boleh ingat satu persatu. Tapi, jika anda berada di sana, anda akan perasan yang orang Vietnam ni lebih ramai yang menaiki motorsikal. Memang penuh dan sesak.
7) LAPANGAN TERBANG
  • Lapangan terbang kat Ho Chi Minh ni kecil je tak macam kat KLIA tu ha. Tapi boleh la, tak la letih nak jalan. Tapi, kalau nak balik Malaysia tu jangan nak lambat sangat pula. Imigresen cepat je tapi pemeriksaan kastam (yeke kastam? ke imigresen? Entah la, yang tempat full scanning tu la) kena berbaris panjang dan sedikit lama kat sana.
8) DOKUMEN PENTING 
  • Passport yang sah je cukup lah. Tak perlu nak isi borang ketibaan dan declaration macam kita nak pergi Indonesia. Tak perlu sangat. Nak pergi Vietnam ni macam kita nak pergi Sabah Sarawak je, bezanya kena ada passport merah. Hehehehee..
9) KESELAMATAN
  • Kat sini, penyeluk saku dan ragut banyak terjadi. So, better korang pergi kwsn tumpuan orang ramai je. Even orang tempatan selalu ingatkan hal ni kepada tourist2.
  • In case korang kena ugut dlm teksi, korang bagi je duit tu. Lepas korang turun je dr teksi tu, make sure korang ambil gmbar teksi with Plate No dan buat laporan polis. Insyaallah korang dpt blk duit tu
9) ORANG TEMPATAN
  • Orang Vietnam ni kebanyakan mesra alam & boleh buat kawan. Tp AWAS, kita kena sentiasa berhati-hati x kira di mana jua kita berada. Berkawanlah selagi mampu, mana tau trip ke-2 nnti kita memerlukan pertolongan sahabat2 Vietnam kita tuu. heheheee.. 
10) INFORMASI LAIN
  • Dah pergi sini, jangan setakat nak beli kain-kain je, jangan dilupa kopi tempatan yang sangat sedap tak terkata! Boleh beli kat tepi jalan dengan harga sekitar RM3.00 atau 1 USD. 
  • Selain tu, kalau nak pergi ke sana untuk membeli-belah, sila pastikan anda membeli baggage yang banyak. Ini kerana mereka kat kaunter tu susah nak bertimbang rasa walau terlebih setengah kilogram. Ada yang terlepas tu memang bernasib baik lah, macam saya. Hehehe... saya terlebih 500 gram dan dilepaskan. Tapi ramai kawan-kawan saya yang pernah pergi tetap dikenakan caj lebih muatan (berdasarkan cerita mereka). 
  • Selain daripada tu, rajin-rajinlah explore Ho Chi Minh ni, jauh sikit pun tak mengapa. Memang banyak tarikan yang ada cuma saya yang kurang berminat. Hehehe...

Monday, April 30, 2018

TIPS BACKPACKERS KOREA

APA YANG BEST DENGAN TRIP KOREA YANG PATUT KORANG IKUT

1) Trip backpackers yg tak crowded (max. 25 org).

2) Kita bawa uolls pergi Shopping & Sight-seeing tempat-tempat yang menarik di Korea selatan.

3) Trip backpackers ni sesuai utk semua orang tp tak digalakkan uolls bawak kanak2 bawah TIGA tahun sebab dekat sana byk berjalan. Karang anak uolls meragam, mmg kelaut mood holiday uolls nanti.

4) The best part is nama je backpackers tp kita bg uolls duduk HOTEL tau. Uolls x perlu laa nak bersesak bagai dgn guest lain, berebut toilet & kitchen bagai. HEAVEN weh.

5) Hotel tu plak terletak di tgh2 bandar. Mmg syiok habis laa. Akan ada 1 day kita kasi uolls FREE ACTIVITY, haaa masa ni mmg uolls akan pergi balik tmpt2 yg kita bwk utk shopping sakan.

6) Meh sis tunjuk uolls gmbar bilik kita macam mana dekat Hotel Korea tu :




Uolls kalu berminat nak tau lebih lanjut mengenai Pakej Backpackers Korea, boleh la tekan link di bawah ni tau. 




FEEDBACK PAKEJ PULAU PERHENTIAN

Feedback ni penting ke tak penting? Kalau sis lah ada di tempat uolls, benda yang pertama sis nak tengok adalah feedback trip. Sebab dari situ kita dapat tahu macamana trip yang kita akan dapat. 

Ni cakap jual Pakej Perhentian  bila mintak feedback cakap takda.

So dekat posting  sini uolls boleh tengok feedback-feedback trip cust yang dah pernah ikut trip dengan Bahtera Kembara Holidays.
Harap dapat membantu. 

Dan sis sekali lagi tak suka uolls letak too High Expectation, its better uolls pergi dulu & rasai dulu trip ni macam mana baru uolls nilai sendiri.

Faham? Hahahahaaa J J

Uolls kalu berminat nak tau lebih lanjut mengenai Pakej Pulau Perhentian, boleh la tekan link di bawah ni tau. 

Tekan link wassap  #pakejcutimurahby3qtravel
Tekan link wassap  #pakejcutimurahby3qtravel
Tekan link wassap  #pakejcutimurahby3qtravel

Jangan kata sis tak habak uolls nah :)

























Tekan link wassap  #pakejcutimurahby3qtravel

21 TIPS SEMASA DI MALDIVES BY  BAHTERA KEMBARA HOLIDAYS  - OCTOBER 31, 2018 PENGALAMAN DI MALDIVES YANG SANGAT BEST! Hai semua, kali...