TIPS TRAVEL VIETNAM
Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk anda yang ingin melancong ke Ho Chi Minh (HCM) City Vietnam.
Informasi yg sangat penting semasa berada di HCM ialah:
1) BAHASA
- Bahasa Melayu dapat digunakan di beberapa tempat seperti Benh Tanh Market & Cho Bin Tay Market.
- Namun di tempat lain, Bahasa Inggeris digunakan sbg bahasa pengantaraan walaupun tak smua fasih bercakap Inggeris. Heheheee
- Tapi no worries, pastikan duit Vietnam Dong sentiasa ada dlm poket, kot2 laa sesat boleh grab teksi terus.. heheee
- Benh Tanh Market dan beberapa kawasan utama membeli-belah menerima matawang Ringgit! Wow. Tapi, memandangkan sekarang ini nilai Ringgit kita sedang jatuh merudum, dicadangkan untuk membawa matawang USD dan VND sahaja kerana ada beberapa tempat sudah mula menolak matawang Ringgit kita. So sad!
- Teksi. TOLONG jangan sesuka hati naik teksi tanpa usul periksa. Ini kerana kes penipuan teksi di Vietnam lebih kurang seperti kes penipuan teksi di Malaysia terhadap pelancong asing. Ini bukan rekaan semata-mata tetapi saya sendiri kena tipu tau.
- Local hotel sini smua recommend pilih teksi VINASUN. Tapi sebelum naik teksi Vinasun ni, tanya dulu harga berapa. Kalau tidak melebihi 200,000.00 VND boleh la anda naik. Tapi biasanya caj yang dikenakan hanyalah sekitar 130,000.00 hingga 180,000.00 VND. Jangan nak memandai naik teksi yang menawarkan meter ya melainkan meter tu bermula dengan 30,000.00 VND* (tak silap saya lah).
4) SHOPPING
- Apabila shopping di Benh Tanh Market plsss beware terutama kaum lelaki. If nmpk tokey tu cantik dan comel je, JANGAN MASUK! Depa ni nampak je comey tp perangai hancuss. Depa akan paksa korang beli kalu tak, get ready laa terima caci makian drpd dorang and keep repeating bahawa barang depa lg murah pdhl NO NO NO!
- Pilihan terbaik adalah pergi ke kedai-kedai makcik-makcik, abang-abang ataupun kedai yang jenis family-business (yang ada anak, ayah, akak, mak, abang macamtu). Mereka punya adab lebih baik daripada penjual perempuan yang ada aset wajah ni plus lagi murah.
5) MAKANAN HALAL
- Yg ni jangan risau lah. Berlambak mknn halal dkat area Benh Tanh Market. Pertama kali saya datang ke sini, saya tinggal di hotel Halo yang jaraknya hanya beberapa minit ke Benh Tanh Market. Di sebelah hotel Halo terdapat sebuah restoran halal Malaysia - Thailand Cuisine dan di hadapannya pula restoran Serai Malaysia. Kali kedua saya datang ke sini pula saya pergi ke restoran Melayu dan restoran Hajah Bashiroh. Harganya standard lah, mahal sikit dari harga kita makan kat kedai jenis-jenis macam ni kat Malaysia. Sikit je.
6) TARIKAN PELANCONG
- Yang ni saya failed sikit. Sepanjang dua kali saya berada di Ho Chi Minh, saya hanya pergi ke War Remnant Museum dan Independent Palance. LOL. Selainnya, memang pergi ke ke kawasan Benh Tanh, Cho Binh Tay dan sekitar bandar yang saya tak boleh ingat satu persatu. Tapi, jika anda berada di sana, anda akan perasan yang orang Vietnam ni lebih ramai yang menaiki motorsikal. Memang penuh dan sesak.
7) LAPANGAN TERBANG
- Lapangan terbang kat Ho Chi Minh ni kecil je tak macam kat KLIA tu ha. Tapi boleh la, tak la letih nak jalan. Tapi, kalau nak balik Malaysia tu jangan nak lambat sangat pula. Imigresen cepat je tapi pemeriksaan kastam (yeke kastam? ke imigresen? Entah la, yang tempat full scanning tu la) kena berbaris panjang dan sedikit lama kat sana.
8) DOKUMEN PENTING
- Passport yang sah je cukup lah. Tak perlu nak isi borang ketibaan dan declaration macam kita nak pergi Indonesia. Tak perlu sangat. Nak pergi Vietnam ni macam kita nak pergi Sabah Sarawak je, bezanya kena ada passport merah. Hehehehee..
- Kat sini, penyeluk saku dan ragut banyak terjadi. So, better korang pergi kwsn tumpuan orang ramai je. Even orang tempatan selalu ingatkan hal ni kepada tourist2.
- In case korang kena ugut dlm teksi, korang bagi je duit tu. Lepas korang turun je dr teksi tu, make sure korang ambil gmbar teksi with Plate No dan buat laporan polis. Insyaallah korang dpt blk duit tu
9) ORANG TEMPATAN
- Orang Vietnam ni kebanyakan mesra alam & boleh buat kawan. Tp AWAS, kita kena sentiasa berhati-hati x kira di mana jua kita berada. Berkawanlah selagi mampu, mana tau trip ke-2 nnti kita memerlukan pertolongan sahabat2 Vietnam kita tuu. heheheee..
- Dah pergi sini, jangan setakat nak beli kain-kain je, jangan dilupa kopi tempatan yang sangat sedap tak terkata! Boleh beli kat tepi jalan dengan harga sekitar RM3.00 atau 1 USD.
- Selain tu, kalau nak pergi ke sana untuk membeli-belah, sila pastikan anda membeli baggage yang banyak. Ini kerana mereka kat kaunter tu susah nak bertimbang rasa walau terlebih setengah kilogram. Ada yang terlepas tu memang bernasib baik lah, macam saya. Hehehe... saya terlebih 500 gram dan dilepaskan. Tapi ramai kawan-kawan saya yang pernah pergi tetap dikenakan caj lebih muatan (berdasarkan cerita mereka).
- Selain daripada tu, rajin-rajinlah explore Ho Chi Minh ni, jauh sikit pun tak mengapa. Memang banyak tarikan yang ada cuma saya yang kurang berminat. Hehehe...
No comments:
Post a Comment